Thursday, 20 October 2016

Jom Check Kita Ada DNA Bisnes Ke Tak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

KAU BUKANLAH USAHAWAN ATAU BISNES YANG KAU TENGAH BUAT NI TAK SESUAI DENGAN KAU KALAU....:

1. Tak boleh pikir pasal bisnes ko 24 jam sehari, 7 hari seminggu. 

Aku dah jumpa ramai orang bisnes yang berjaya. Setiap minit takde benda lain yang keluar daripada mulut diorang (selain zikir :p) melainkan pasal bisnes diorang. Semua pasal strategy, planning, dreams, achievements bisnes masing-masing. Ada sorang ni, pukul 3/4 pagi pun call aku bincang pasal bisnes. Kalau ko rasa penat tak boleh sentiasa pikir pasal bisnes, tu tandanya otak ko masih otak makan gaji. Sabtu ahad cuti, hujung bulan dapat gaji. Hujung tahun dapat bonus.

2. Cuti raya/holiday ko nak lebih daripada 2 hari.

Kadang-kadang, aku pun penat gila pikir bisnes je. Penat otak ni lebih parah daripada penat main rugbi. So, aku pun pergi la bercuti kat Tokyo. Dah plan taknak on roaming seminggu nak rehatkan otak. Tak sampai 24 jam, aku on roaming, check email, check whatsapp semua dah. Aku buat kerja, bagi instruction kat staff pakai telepon je.

3. Ko tak kisah tak dapat duit hasil bisnes ko walaupun dah lebih 12 bulan.

Ni bukan soal gelojoh atau tak sabar. Ko dah labur duit banyak, tapi ko ok je tak dapat "gaji" daripada bisnes ko tu padahal bisnes dah bertahun. Ko just seronok bagitau orang yang ko ni BUSINESSMAN. Ko suka tunjuk kat orang, ni kedai dobi ko, ni kedai makan ko, ko jual ni, jual itu. Ko just suka title "businessman" tu je sedangkan hakikatnya, businessman tu perlu generate duit kepada dirinya sendiri. Barulah dia boleh digelar BUSINESSMAN. Perkara ni selalu jadi kat orang yang buat business sebagai part-time sahaja. Dia ada income utama lain.

4. Ko nampak masalah dalam bisnes ko, tapi ko tangguh penyelesaiannya. 


Sifat bertangguh, lama-lama lupa ni boleh jahanamkan bisnes apa sahaja. Tiada masalah yang boleh ditangguh-tangguh penyelesaiannya. Sekecik-kecik masalah boleh jadi besar dan menghancurkan, macam barah; kalau lambat diselesaikan. Ko adalah orang yang paling patut bersara dari berniaga ni bila ko buat bodoh terus kat masalah tu.

5. Hangat-hangat taik anjing.

Time meeting, time bincang dengan team ko, ko bersemangat gila. Rasa nak melompat, rasa nak pecah jantung tu dengan adrenalin rush. Tapi, esok lepas bangun tidur ko dah tak rasa apa dah. Ko tiba-tiba meragui apa yang team ko dah plan dan dah dipersetujui. 

6. TAK sentap bila orang komen pasal bisnes/produk ko.

Itu bisnes ko. Itu produk ko. Yang ko dah spent duit, tenaga, otak, air mata untuk usahakan. Tiba-tiba orang kondem. Tapi ko tak rasa apa-apa pun. Maknanya ko takde rasa bangga, takde rasa "kepunyaan" dan ko tak cukup all-out untuk bisnes/produk ko tu. Dont get me wrong. Kita kena terbuka menerima teguran, kritikan, pandangan. Mana yang baik kita wajib ambik dan take action. Takde la kita kena maki orang yang cakap tu pun. Tapi, sentap tetap sentap! Sentap in a good way la. 

7. Ko rasa kena paksa buat bisnes tu.

Bila ko rasa seperti "disuruh-suruh" untuk bisnes ko, adalah akibat point no.3 sebenarnya. Bila bisnes takde hasil kepada diri sendiri terlalu lama, adalah petanda bisnes ko wajar dibungkuskan. Businessman tau bila nak letak noktah kepada bisnesnya. Businessman yang hebat pula akan bangunkan bisnes lain hasil daripada pengalaman "noktah" dulu. 

8. Ko takde perasaan "what's next".

Bisnes perlu berkembang. Dari RM1,000-RM10,000. Dari sale 10,000 botol 3 bulan, kepada 100,000 botol sebulan. Barulah layak dipanggil bisnesman. Sebagai business owner, ko kena ada perasaan "apa pula selepas ini" sambil jantung ko berdegup kencang, excited! Kalau takde perasaan ni, ko punya jiwa adalah jiwa staff/pekerja yang tak kisah growth of the business. Nak naik gaji, boleh lompat company lain. 

9. Ko tak tau / tak nak ambil tahu pasal industri dan 'main players' industri dalam bisnes yang ko tengah buat.

Ko jual vape, ko kene tahu sape main player dalam vape industry ni satu dunia. Apa rules and regulations kat EU, US, Malaysia. Ko jual kosmetik, ko kene tau sapa owner, apa produk tengah trend, cara marketing apa diorang pakai. Ko ade restoran, jual jubah, jual tudung hatta jual cili sekali pun, ko kene tau luar dalam industri ko. Knowledge ni la yang amat berguna untuk planning, strategi, action plan, marketing semua tu la. Dan knowledge ni la yang akan beri "jiwa" kepada bisnes ko.

10. Ko takde rasa dengki atau perasaan "aku-pun-boleh-buat" bila tengok orang lain berjaya.

Businessman ni ciri-ciri dia berbeza sungguh daripada manusia biasa. Dengki dia tak pakai bomoh. Dengki dia membuatkan jantung di pump macam nak pecah, mata jadi segar malam-malam, otak jadi ligat pikir dan buat supaya dapat jadi macam atau lebih daripada orang yang dia tengah dengki tu. Dia sampai stalk fb, ig orang tu, kaji teknik orang tu, tengok network orang tu, dan akhir sekali tiru macam orang yang dia dengki tu. Maka dia akan jadi macam dalam point no.1 tu. 24jam sehari, 7 hari seminggu!

Ada tak ciri2 bisnesman atau bisneswoman dalam diri kita? Kecil atau besar modal untuk mulakan bisnes bukanlah isu utama, tapi macam mana kita usaha untuk majukan diri dan perniagaan kita dari semasa ke semasa. 

Jom sertai kami mengorak langkah dalam perniagaan shaklee. Anda akan diajar, dibimbing untuk berjaya bersama shaklee sama ada fulltime atau part time. 

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

pengedar shaklee bandar sri damansara

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

pengedar shaklee bandar sri damansara

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara

FB Page : Vita World Shop  
HP : 0122570456
IG : nooramanie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...