Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua. Apa aktiviti kita harini.. Sekarang musim jerebu tengah teruk balik, tambah plak dengan tol yang mencanak mahalnya, dengan penyakit kepialunya sedang merebak kat KL ni so better stay at home je la ye.. Belum kira lagi kes culik budak makin menjadi2 sekarang ni.. Nauzubillahiminzalik.. Semoga kita semua terpelihara dari kejadian dan keadaan yang tidak diingini.. Amin...
Sudah breakfast semua? Sebenarnya ramai yang masih tak tahu fungsi sarapan dalam diet harian especially bagi mereka yang sedang berdiet. Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan sarapan pagi lebih cenderung untuk dapatkan badan yang lebih ramping.. Manakala bagi mereka yang sedang berdiet, sarapan membantu untuk turunkan berat badan dengan lebih cepat dan mudah.