Thursday, 31 August 2017

Cara Atasi Diabetes Gestasi (GDM) Semasa Hamil

Kencing manis semasa hamil dikenali juga sebagai diabetes gestasi. Ia akan terjadi apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insuin dihasilkan oleh pankreas yang berfungsi sebagai 
  • Mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga
  • Membolehkan gula yang tidak digunakan segera disimpan
Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dipertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan tidak dapat menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, dan sekaligus akan menyebabkan anda menghidap diabetes gestasi. 



Sumber babycentre

Walau bagaimanapun, biasanya diabetes gestasi akan hilang dengan sendiri selepas bersalin, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Tapi, itu tidak bermakna yang anda harus ambil ringan masalah tersebut. Ada beberapa risiko yang akan berlaku sekiranya diabetes gestasi ini tidak dikawal sebelum sampai hari kelahiran seperti 
  1. Bayi lebih besar
  2. Bayi terkena jaundis
  3. Kelahiran secara pembedahan caeseran
Cik Am kongsikan macam mana Puan Zeti melepaskan dirinya daripada kerisauan akibat diabetes gestasi semasa kehamilan ketiga beliau.


[ KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) ] 

Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.

Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan. 

Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal. Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari. 

Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?

Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil.


Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal. Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin. 

Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.

Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.

Untuk ibu-ibu yang masih mencari Set Kehamilan, hubungi saya untuk dapatkannya hari ini ya. 

Cik Am merupakan pengedar shaklee yang aktif di Bandar Sri Damansara dan di seluruh Malaysia. 

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

pengedar shaklee bandar sri damansara

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 


pengedar shaklee damansara

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara
FB Page : Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara
0122570456
HP : 0122570456
IG : nooramanie

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...