Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Harini saya nak buat review sikit lah selama saya check-up kandungan saya kat TMC. Dari kandungan almost 2 bulan dan kali terakhir masa kandungan saya 27 minggu saya check up kat situ dengan doctor Arifah.
Sebenarnya masa saya dan suami dok search kat internet gynae perempuan Islam kat KL ni, kami tertarik dengan Doctor Seri Suniza di Prince Court dan juga Doctor NurFidak. Bila call Doc Seri not available hingga Jan 2016. Kami call dalam bulan Ogos 2015 so memang tak dapat lah dengan Doctor Seri tu. Kami call Feb 2016 untuk tukar hospital pon doc seri tu still tak available hingga May 2016. Bye2 je lah jawabnya. Based on google, kami jumpa review yang Doc Fidak ada kat TMC. Bila call operator kata Doc Fidak dah berhenti. Bila tanya berhenti terus ke tukar, diorang kata doc fidak berhenti terus. So end up nya kami pilih la Doc Arifah memandangkan kat TMC tu ada 2 orang gynae perempuan Islam as a back up kalau doc arifah takde.
Apa yang boleh saya simpulkan,
- Over paid. Seriously die punya harga memang sangat mahal. Baik dari segi consultation, semua jenis test dan detail scan, vitamin wallahuallam sebab saya memang tak pernah ambik vitamin kat spital, just consume je set hamil shaklee. Sebulan sebelum detail scan tu kami tanya kaunter berapa kos untuk detail scan. Akak tu cakap RM250 untuk detail scan sahaja. Plus dengan usual consultation around RM160 so total lebih kurang RM450 la kami jangkaan. Once da siap nak bayar, RM600 henggetttt. Belum lagi buat 4D ke ape benda tuh.
- Consultation yang merisaukan. hahaha yang ni pon salah satu sebab kenapa kami tukar hospital. Sepanjang scan kat TMC, saya ada 2 masalah masa pregnant. Masa awal2 kehamilan uri kat bawah, last scan baby overweight. Dia punya consult, cara penyampaian memang buat kami risau, seolah2 benda tu sangat serius dan bahaya tahap gaban dah. dan jugak menggunakan bahasa kiasan yang tak berapa nak paham. Doctor sepatutnya menenangkan kita yang ada masalah bukannya tambahkan lagi risau kita.
- Tak telus. Kos bersalin berbeza2 tiap kali tanya samada tanya kat kaunter bayaran, ataupun doctor sendiri. Tapi kos bersalin die memang sangat mahal gila. Normal dari RM4K ke RM6K tak masuk baby, tak termasuk epidural dan yang seangkatan, dan utk 4 bedded room. Czer pulak dari RM8K ke RM12K tak termasuk sama baby, benda2 alah lain dan 4 bedded room. Itupun die tulis kat kertas, dengan kata2 "itu bukan the exact amount ya sebab kita memang takde proper estimation untuk kos bersalin"
- Doctor yang tak friendly. Masuk je bilik die, salam dan tanya khabar pastu terus scan tak sampai 5 minit pon, consultation based on scan pon memang sikit sangat, tak sampai 5 baris kalau nak tulis balik kat kertas apa yang dia cakap. Dengan husband memang die buat macam tak wujud je kat situ. hahaha
- Hospital tak kasi buku pink atau sebarang rekod kat kita. Biasanya kalau hospital kerajaan akan kasi buku pink once dah confirm pregnant kan, kat TMC tak kasi apa2. Just kasi kad je untuk next appointment. Bila saya nak tukar hospital, pergi dekat Medical Record Department, dia hanya kasi salinan ujian darah je. Sebarang report, progress selama saya check up 7 bulan kat situ dorang tak kasi pon. Itupon nasib buat ujian darah, kalau tak buat, memang takdelah untuk dibawa ke hospital baru. Sedih. Bayar kemain lagi mahal.
So far itulah penyebab kenapa kami tukar hospital. Sekarang kami ke PUSRAWI kat Jalan Tun Abdul Razak dengan doctor yang memang kami nak, Doctor NurFidak. Yang tu insyaallah saya buat review kat entry lain ya. Thanks for spend your time. have a nice day.
Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.
Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma.
Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara
No comments:
Post a Comment