Monday, 14 March 2016

Pengalaman Check-Up di Pusrawi Tun Razak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Alhamdulillah diberikan kesempatan nak update blog. Haritu saya share pasal pengalaman check up kat Tropicana Medical Center, so arini saya nak share pulak hospital yang baru saya tukar selepas tak puas hati dengan servis yang diberikan di TMC. 

Alhamdulillah kami jumpa doctor yang kami nak sangat iaitu Doktor NorrFidak. Alkisahnya suami pergi melawat client kat Pusrawi, pastu ternampak dekat board yang salah seorang gynae kat Pusrawi Doctor Fidak. Balik tu dia terus bagitau saya, dan esoknya saya terus call untuk set appointment dengan Doc Fidak. Alhamdulillah senang sangat dapat.
 
Untuk makluman, Pusrawi ada 4 orang gynae perempuan Islam termasuklah Doc Fidak. So ramailah back up in case Doc Fidak takde masa hari kejadian. 

So macam mana? 
  1. Tunggu turn agak lamalah jugak. Mungkin sebab kami first time datang kot. So sempatlah turun bawah beli kudapan, main game, berjalan sekeliling hospital. hahaha
  2. Appointment petang. Memandangkan Doc Fidak hanya 3 hari je kat Pusrawi tu, so appointment semua set petang. Jalan Tun Razak memang agak famous dengan jammed. Dari rumah ke hospital lebih kurang 30-45mins. Depends on traffic.  
  3. Doctor yang sangat sangat sangat sangaaaaat peramah. seriously. Doc Fidak ni dia ala2 mak2 sikit, so sebab tu lah die peramah sikit. Masa dia scan perut saya, die bersembang dengan suami saya. Sampailah saya pon terdetik "bilalah doc ni nak cakap pasal baby nih" haha My husband pon suka dengan die. Memandangkan masa check up tu baby overweight, banyaklah jugak die tanya dan kasi tips dari segi vitamin, diet, problem solving yang sempoi, jelas dan tak merisaukan. Itu yang penting. 
  4. Bayaran untuk first visit RM306.20. Kaunter bayaran kata untuk next visit lagi murahlah. Die punya murah takat mana nanti kita tengok ya. So far alhamdulillah okay. 
Anggaran package bersalin yang diberikan oleh kaunter bayaran
1. Normal RM3OOO termasuk baby
2. Czer RM8000 termasuk baby

Agak jauh giler lah bezanya dengan TMC. InsyaALLAH kalau tiada aral kami akan deliver kat Pusrawi lah. Doakan saya ye. Lagi 9 minggu lagi. Setakat ni belum rasa nervous lagi, syok dengan baby punching, kicking, bouncing inside my tummy. hihi

Thats all. Semoga bermanfaat kepada mereka yang sedang usha2 nak check up kat hospital mana nanti. 

Untuk belian produk secara online, klik gambar dibawah.  

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Sekiranya anda sudah buat pembelian secara online, sila hubungi saya untuk dapatkan konsultansi mengenai jadual pengambilan vitamin dengan betul. Dengan setiap pembelian produk shaklee, anda akan mendapat consultation dan tips exclusive secara percuma. 

hilangkan stretch mark selepas bersalin

Pengedar Shaklee Bandar Sri Damansara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...