Supplement atau vitamin untuk banyakkan susu badan ibu memang sangat banyak sekarang. Ada juga yang buat cookies milkbooster untuk nampakkan kelainan dan lebih enjoy dalam usaha untuk banyakkan susu badan.
Supplement salah satu cara untuk banyakkan susu badan ibu selain dari mengamalkan teknik power pumping, makan makanan untuk banyakkan susu badan, amalkan doa dan zikir untuk banyakkan susu badan, dan sebagainya.
Ini kerana apabila badan kita cukup nutrisi yang diperlukan oleh badan, sel badan akan berfungsi dengan baik dan akan menggalakkan pengeluaran susu badan dengan lebih baik.















