Kencing manis semasa hamil dikenali juga sebagai diabetes gestasi. Ia akan terjadi apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insuin dihasilkan oleh pankreas yang berfungsi sebagai
- Mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga
- Membolehkan gula yang tidak digunakan segera disimpan
Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dipertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan tidak dapat menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, dan sekaligus akan menyebabkan anda menghidap diabetes gestasi.