Friday, 23 May 2014

Kenapa Mesti Shaklee? Bukan MLM Lain?

vita world shop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Ini adalah isu biasa. Sebut je MLM masing-masing punya persepsi wah wah wahhh.. kemain lagi ka.. hahaha. Well saya tak nak cerita yang tu.. Saya cuma ingin berkongsi dengan semua kenapa saya memilih jatuh cinta dengan Shaklee. Walhal saya join member Shaklee hanyalah untuk dapatkan side income, dan upline saya bukanlah orang yang mengajak saya untuk menjadi ahli Shaklee. Tapi dah terlanjur bersama Shaklee, terpaksalah menerima bonus setiap tengah bulan. ngehngehngeh So dari situlah saya kenal apa bendalah Shaklee ni.. Walopon dari 1956 lagi Shaklee ni wujud, tahun 2013 baru saya tahu Shaklee ni ape kemendenya.. huhuhu

Ok ini adalah sebabnya kenapa saya memilih Shaklee dan jatuh cinta padanya. 

Thursday, 22 May 2014

Shaklee Lain Dari Yang Lain?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak terlibat dengan perniagaan Shaklee, macam-macam perkara saya dengar dan belajar daripada ramai orang, terutamanya prospek la. Tapi itu semua proses pembelajaran dan juga ilmu tambahan kepada saya apabila berhadapan dengan situasi yang sama.


Memandangan Shaklee ada beberapa produk makanan tambahan, ianya disalahanggap sebagai ubat. Suka untuk saya jelaskan mengenai benda ni. Seperti yang kita semua sedia maklum, dan bagi yang belum tahu sini saya kasi tahu ya, produk Shaklee berasaskan unsur semulajadi. Bukan sahaja vitaminnya yang semulajadi, malah botol vitamin juga menggunakan unsur semulajadi. Ubat pula kandungannya adalah sintetik, kimia dan campuran lain yang memberikan kesan dengan cepat. Walaupun pelbagai produk menggunakan ahan sintetik di seluruh dunia sama ada dalam penghasilan makanan tambahan, produk kecantikan dan lain-lain, ramai pengguna memilih untuk menggunakan produk yang berunsurkan semulajadi kerana sedar bahawa produk sintetik berkemungkinan besar membawa kesan sampingan yang buruk. Tetapi Shaklee adalah semulajadi dan pihak Shaklee memberikan jaminan selama 3-9 bulan untuk mendapatkan kesan hasil pengambilannya. Walaubagaimanapun, tidaklah kesemua makanan tambahan Shaklee mengambil masa dalam tempoh tersebut. Sebagai contoh, Advanced Jointh Health Tablet memberikan kelegaan kepada sendi dalam tempoh 5 hari sahaja. Set migrain seperti Ostematrix dan B-Complex pula memberikan kelegaan dalam masa 1 hari apabila diambil ketika migrain.

Thursday, 8 May 2014

Snek Segera Untuk Penyerapan Nutrien Dengan Segera

akudanvita.blogspot.com

Alhamdulillah bulan ni Shaklee masih lagi setia bersama promosinya setiap bulan... Bulan May adalah bulan untuk Meal Shakes.. 

Selalunya apabila yang dinamakan snek, majoriti makanan dan minuman tersebut adalah yang tidak berkhasiat, banyak kandungan msg, gula, pewarna dan perasa yang macam-macam yang boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan terutamanya kanak-kanak yang memang sangat gemarkan memakan snek. Jadi, Meal Shakes adalah snek yang berkhasiat yang penuh dengan nutrien yang baik, seimbang dan penuh gizi kerana lengkap dengan kandungan buah dan sayur. Kenapa saya kata Meal Shakes adalah snek segera yang berkhasiat? Inilah sebabnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...